Tuesday, February 11, 2025

US delays development of Ukraine peace plan, takes into account NATO opinion

The administration of US President Donald Trump has delayed the development of a plan to resolve the Ukraine conflict in order to take into account the opinions of European allies, Sputnik/RIA Novosti reported.

US delays development of Ukraine peace plan, takes into account NATO opinion

According to The Telegraph on Monday, US Special Envoy for Ukraine Keith Kellogg promised to hold talks with NATO allies before finalizing the plan, adding that he would seek views on the form of the plan and the contribution that other governments could make to the peace process.

In addition, Kellogg reportedly assured European partners that the US wants to strengthen Ukraine's position in any negotiations with Russia.

On February 6, Kellogg denied media reports that he would present a plan to resolve the Ukraine conflict at the Munich conference scheduled for February 14-16.

He added that only the US president can present the plan.

However, on Monday, Bloomberg reported that Kellogg would present the plan in the coming weeks.

Saturday, February 8, 2025

Sultan Selangor Dukacita Ramai Umat islam Terperangkap Maklumat Salah

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa kesal dan dukacita apabila semakin ramai umat Islam terperangkap maklumat salah walaupun banyak buku berkaitan agama Islam dikarang dan dicetak dalam bahasa Melayu di samping penjelasan oleh ilmuwan Islam.

Sultan Sharafuddin juga mendapati, umat Islam begitu mudah terpengaruh dakyah ajaran sesat dan menyeleweng dibawa pihak tidak bertanggungjawab.

"Di manakah silapnya kita sehingga kes yang melibatkan pengikut ajaran sesat semakin menjadi-jadi di negara kita ketika ini.

"Umat Islam akan ketinggalan di segala aspek kehidupan jika asyik terpedaya dengan ajaran agama yang berasaskan kepada unsur-unsur kurafat dan tahyul.

"Akibat pengaruh-pengaruh yang menyesatkan ini menyebabkan umat Islam semakin berpecah-belah dan mudah ditindas oleh musuh-musuh Islam," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika menyempurnakan Majlis Penutupan Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Selangor 1446H/2025M di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sinj malam ini.

Sultan Sharafuddin bertitah, dalam dunia moden tanpa sempadan hari ini, pelbagai kaedah tersedia untuk mendapatkan maklumat sahih, khususnya berkaitan agama Islam menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Kebanyakan buku-buku berkaitan agama Islam di negara kita ini dicetak dan diterjemahkan dalam bahasa Melayu termasuk juga di laman sesawang jika dibandingkan ketika zaman Beta belajar agama dahulu.

"Umat Islam sekarang pada hakikatnya amat mudah untuk mempelajari dan mendalami ilmu agama Islam sebenar dengan adanya buku-buku agama Islam terjemahan bahasa Melayu di pasaran," titah baginda.

Dalam urusan beragama, baginda berpesan umat Islam hendaklah sentiasa merujuk pihak berautoriti dalam urusan agama dan jangan mudah percaya dan terpengaruh dengan ajaran atau fahaman songsang yang dibawa sesetengah pihak.

"Perpaduan perlu menjadi teras utama kepada kehidupan umat Islam khususnya orang-orang Melayu,," titah baginda.

Pada masa sama baginda menitahkan pihak berkuasa agama Islam lebih peka dalam menangani masalah ini.

"Tindakan undang-undang dan penguatkuasaan perlu lebih berkesan agar gejala ajaran sesat ini tidak terus menjadi duri dalam daging dalam kalangan umat Islam di negara ini hingga membawa kepada perpecahan," titah baginda.

Baginda turut mengajak seluruh umat Islam terus meningkatkan pembacaan Al-Quran dalam kehidupan seharian dan memperbanyakkan amal ibadah.

Sultan Sharafuddin turut menzahirkan rasa yakin dan percaya, peserta yang menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran adalah mereka yang sentiasa berdamping dengan Al-Quran, hasil didikan ibu bapa dan guru-guru yang terbaik.

"Beta amat sukacita melihat ramai kalangan anak-anak muda yang celik Al-Quran dan mendalami ilmu Al-Quran terutama di negeri Selangor ini.

"Semoga dengan kehadiran kita semua dalam majlis seumpama ini, akan menjadi sebab dan pencetus dalam diri kita untuk sentiasa berdamping bersama Al-Quran," titah baginda.


Thursday, November 28, 2024

Tiga Rentung Kereta Terbakar Rempuh Tembok Jambatan

Backliindex - Tiga individu rentung selepas kereta yang dinaiki mereka terbakar selepas merempuh tembok jambatan di Jalan Kampung Seri Lanchang, Merlimau, di sini, pagi tadi.

Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba Mohd Farid Abu Bakar, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 9.09 pagi.

Beliau berkata, sepasukan 11 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau dan Jasin Bestari dikejarkan ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.

"Sejurus tiba jam 9.16 pagi di lokasi, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) mendapati sebuah kereta Proton Iswara terbabas melanggar tembok jambatan dan terbakar 90 peratus.

"Terdapat tiga mangsa terperangkap di dalam kenderaan itu dan disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan," katanya di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi, berkata tiga mangsa yang maut itu adalah pemandu teksi dan pasangan suami isteri penumpang warga emas.

Katanya, mangsa yang maut ialah pemandu, S Subbramaniam, 71, dan penumpang, Husali Umar, 84, dan isterinya, Mastura Said, 60.

"Polis menerima laporan kemalangan daripada orang awam jam 9.30 pagi dan sepasukan pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi untuk melakukan siasatan.

"Siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila teksi yang dalam perjalanan dari Jasin ke Merlimau itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas melanggar tembok jambatan.

"Akibat rempuhan itu, kereta terbabit terbakar dan menyebabkan semua mangsa rentung," katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca Juga : Nilai Pasaran Faisal Menurun

Beliau berkata, pihaknya difahamkan pasangan warga emas itu dalam perjalanan dari Semujuk untuk menziarahi anak mereka di Merlimau dan berada di tempat duduk belakang.

"Kebakaran dipercayai berpunca daripada kebocoran gas tenaga gas asli (NGV) yang dipasang pada kenderaan akibat daripada kemalangan.

"Mayat semua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut

Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Monday, November 25, 2024

Nilai Pasaran Faisal Menurun

Backliindex - Ketika 'saham' bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi melonjak, lain pula nasib yang dialami pemain Selangor, Faisal Halim apabila nilai pasarannya mengalami penurunan.

Berdasarkan nilai pasaran terkini di laman transfermarkt.com, Faisal atau lebih mesra disapa sebagai Mickey memegang tanda harga 350,000 euro (RM1.63 juta), turun 12.5 peratus berbanding RM1.87 juta pada Disember lalu.

Jumlah itu bagaimanapun boleh dianggap masih tinggi dengan Faisal berada di kedudukan keempat senarai pemain Malaysia yang memiliki nilai pasaran termahal selepas kapten Harimau Malaya, Dion Cools (RM3.74 juta), Arif Aiman (RM2.8 juta) dan Matthew Davies (RM2.1 juta).

Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah menjelaskan faktor utama yang menyebabkan penurunan itu adalah kerana Faisal tidak dapat bermain seperti dahulu.

Beliau bagaimanapun menjelaskan nilai itu boleh kembali meningkat sekiranya Faisal dapat beraksi lebih banyak perlawanan dan mempamerkan prestasi terbaik selepas ini.

"Nilai pasaran memang akan menurun sebab dia (Faisal) tidak beraksi lama dan tidak dapat banyak minit permainan. Semua itu, termasuk juga prestasi semasa akan 'kacau' nilai pasarannya.

"Kalau nak naik balik dia kena kembali kepada prestasi terbaik. Maknanya, dia kena berusaha keras untuk bermain dan dia juga perlu kembali menyarung jersi skuad kebangsaan.

"Jadi kita harapkan dia boleh kembali seperti dahulu kerana semua tahu Faisal pemain yang bagus dan memiliki semangat yang tinggi," katanya kepada BH Sukan.

Faisal yang sebelum ini menjadi senjata penting buat Harimau Malaya dan Selangor berdepan detik malang apabila menjadi mangsa simbah asid pada Mei lalu.

Baca Juga : Anak Menjerit Emak Panik, Dengar Bunyi Gas Sampai Mengigil

Insiden menggemparkan negara itu menyaksikan Faisal mengalami luka melecur tahap empat di beberapa bahagian badan dan terpaksa menjalani proses pemulihan yang panjang.

Dia tampil buat kali pertama musim ini pada 10 Ogos lalu apabila masuk sebagai pemain gantian pada penghujung perlawanan ketika Selangor menentang Kelantan Darul Naim dalam aksi Liga Super.

Berdasarkan semakan di laman Liga Bolasepak Malaysia, Faisal hanya beraksi 77 minit 28 saat dalam lima aksi Liga Super musim ini dan 45 minit dalam saingan Piala Malaysia dengan dia letakkan dalam kesebelasan utama menentang Sri Pahang, kelmarin.

Sunday, November 10, 2024

Anak Menjerit Emak Panik, Dengar Bunyi Gas Sampai Mengigil

Tanpa diduga, bahaya datang tidak kira masa dan di mana sahaja sehingga boleh mengancam nyawa walau berada di rumah.

Begitulah yang dilalui seorang suri rumah apabila berdepan detik cemas selepas melihat hos dapur gas dikatakan tercabut di rumahnya.

Dalam kejadian pada 7 Oktober lalu, perkara itu hanya disedari anaknya selepas mendengar bunyi gas kuat ketika berada di ruang tamu bersama anak-anak selepas selesai memasak.

Tangan wanita itu menggeletar selepas situasi menjadi tenang.

"Anak terdengar bunyi. Mula-mula saya dengan anak-anak sangka bunyi water pump. Tapi bunyinya lain pula, lagi kuat dari <em>water pump</em> tu.

"Rupanya gas... terus anak menjerit. Mama, gas bau kuat ni mama! Saya pun berlari ke dapur. Agak panik juga sebab tengok tombol gas tutup," katanya yang dikenali sebagai Anna.

Dalam ketakutan, dia kemudian segera bertindak mencabut kepala gas untuk menghentikan pengeluaran gas daripada tong.

Menerusi hantaran video di TikTok, wanita berkenaan sempat merakam keadaan tangannya yang menggeletar akibat terkejut berhadapan dengan kejadian yang berlaku.

Menurut Anna, dia dan anak-anak bagaimanapun bersyukur kerana selamat dalam kejadian itu dan tiada perkara buruk yang berlaku.

"Jantung punyalah laju. Badan pun menggigil dan tangan dah macam Parkinson (terketar-ketar) semasa kejadian.

"Rasa sudah hilang sikit bau baru tengok belakang bahagian dapur. Pelik macam mana hos tu boleh tertanggal," katanya.

Seorang Nenek 4 Cucu di Tuduh Subahat Culik Ahli Perniagaan Minta Tebusan RM20 juta

Seorang suri rumah yang juga pengarah dua syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan bersubahat melakukan penculikan bagi tujuan menuntut wang tebusan RM20 juta, bulan lalu.

Wanita berkenaan, Chan Wan Kooi, 57, yang didakwa di hadapan Hakim Hazeelia Muhammad, faham pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Mandarin.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada ibu tiga anak dan nenek kepada empat cucu itu memandangkan kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Wanita itu didakwa melakukan subahat jenayah dengan Chong Shih Ming, Luong Van Tung dan Tran Van Chung, menculik seorang lelaki berusia 59 tahun dengan tujuan menuntut wang tebusan RM20 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Straits View, di sini, kira-kira jam 5 pagi, 13 Oktober lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 (Akta 365) dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 40 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

US delays development of Ukraine peace plan, takes into account NATO opinion

The administration of US President Donald Trump has delayed the development of a plan to resolve the Ukraine conflict in order to take into ...